Kedah Makan merupakan suatu inisiatif untuk membantu usahawan usahawan yang terlibat dalam Industri Pemakanan di Negeri Kedah .
Sememangnya Kedah yang terkenal dengan panggilan “Negeri Jelapang Padi” pastinya akan memberi suatu persepsi yang positif dari sudut pemakanan.
Tidak sah kiranya anda melawat ke Kedah tanpa singgah di kedai atau gerai makanan popular di negeri ini .
Rakyat Kedah memang cukup “kreatif” dari sudut penyedian makanan. Bahan-bahan asli serta rempah ratus yang harum lagi menyelerakan menambahkan lagi perisa yang sentiasa terbayang selepas memakannya.
Ada pelancong yang berpendapat bahawa makanan Kedah adalah an “acquired taste” yang bermaksud kesedapan berkekalan dan mudah teringin apabila selepas memakannya .
Inisiatif yang di inspirasi oleh YB Dato Hajjah Suraya Yaacob selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bertujuan untuk membantu semua usahawan kecil, sederhana dan besar di Negeri ini untuk berkolabrasi bagi memantapkan MENU KEDAH agar kekal di minati dan pada masa yang sama meneroka pasaran yang lebih luas.
KEDAH MAKAN juga akan memperkenalkan konsep mobiliti web yang akan memaksimumkan penggunaan teknologi bagi promosi, pengkalan data dan perkongsian maklumat bagi menambah nilai Industri pemakanan di Kedah. Usahawan akan dapat di perkenalkan dengan konsep “sosial engagement”di mana pelanggan -pelanggan di alam maya dapat di capai untuk mendapatkan maklum balas.
Konsep “Libat Urus” ini akan membolehkan permulaan kepada “e-Voucher” E- Order, E -Data dan lain lain lagi. Tambahan kepada itu Rating Pelanggan juga akan dapat di lakukan secara online kelak. Dalam membentuk komuniti pintar dalam keusahawan pemakanan ini, peluang dan ruang juga akan di wujudkan. Insyallah